Saturday 5 January 2013

TAHUN BARU 2013/1433 H

SalamAlaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Post fasal tahun baru 2013 menjadi tajuk utama untuk saya teruskan penulisan saya pada ketika ini. Sememangnya, saya amat suka menulis, suka bercakap (er, meme hobi!). Paling yang tak boleh dipisahkan, saya memang suka menulis. Harap-harap, cita-cita saya untuk menjadi seorang penulis, akan menjadi satu kenyataan, insyaAllah.

 

VS


Pada hari Selasa baru-baru ini, di televisyen siaran 103 kalau astrolah, kalau biasa, tv3, ada Prof Dr Muhaya  cakap fasal tahun baru. Menariknya beliau cakap 'Tiada istilah tahun baru, tetapi hari baru.'' Kerana, kita pernah dengarkan. Ayatnya?


'Hari ini hendaklah lebih baik dari hari semalam'

Betul! Saya sokong betul dengan ayat Professor Doktor Muhaya. Kalau asyik dengan tahun baru sahaja, pastinya mereka akan ingin meletakkan azam baru. Tetapi bila dah pertengahan tahun, azam baru itu akan terkubur begitu sahaja. Kepada mereka yang azamnya tercapai mengikut apa yang diazamkannya, alhamdulillah. Bagus. 

Bukanlah maksud saya, siapa yang tidak merealisasikan azamnya, mereka tidak bagus. Oh, tidak sama sekali. Bergantunglah pada diri mereka sendiri. 

Eh, saya ada pengalaman yang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan blog di mana keberadaaan saya sewaktu ambang 2013 menjelma.

Kamal Adli, UAI, dan Pierre Andre.

Apa? Di Dataran Merdeka? Oh, no!

Saya sekeluarga berada di Shah Alam bersama dengan ribuan para hadirin yang datang ke Majlis Ambang 2013 bersama UAI, Ustaz Haslin dan beberapa orang artis yang hadir turut memeriahkan majlis. Sangat mengagumkan! Sekitar 120 ribu hadir memeriahkan majlis.


Sebab saya sebelum ini, tidak pernah hadir ke majlis yang begitu ramainya pengunjung. 

Subhanallah. Maha Suci Engkau, Ya Allah!

Berada bersama para ulama, memang sangat mengujakan. Rasa suasana  keislaman. Sepatutnya, sambutan tahun baru, bukannya dengan hiburan yang melalaikan. Sampai ke pagi hiburannya. Campur lelaki perempuan. Ada yang lebih teruk dan malang lagi, ada juga yang menyambutnya dengan melakukan persetubuhan bukan mahram tanpa ikatan yang sah. Minum arak. Allah.

Saban tahun, perkara ini sepatutnya diambil perhatian oleh para pemimpin yang meneraju atau mentadbir negara, sebenarnya. Bukannya, memandang dengan mengambil mudah dan memandang enteng sahaja. Opss. Hurm, masuk politik sikit yer!

Tahun 1995 bermakna bagi saya, kerana saya lahir pada tahun tersebut. Hari lahir ialah pada hari Khamis bersamaan 9 November 1995. Bak kata UAI, kita tak salah guna kiraan Masihi, tapi kalendar hijrah, jangan pernah kita lupakan. Terpulanglah kome! (Perok sekejap)

Sebelum saya mengundurkan diri dari post kali ini, saya ingin menutup dengan petikan seorang ulama' terkenal di Syria iaitu Syeikh Muhammad Ali As Sobuni. Nama dia As Sobuni kerana beliau berasal dari keluarga yang mempunyai kilang sabun pada ketika dahulu. Beliau berkata, golongan yang benar akan bersama dengan para ulama. 

Kata-kata indah dari beliau :

''Aku bukan sabun buat cuci tangan tetapi sabun cuci hati manusia. Kalau kamu makan dan tangan kamu kotor, aku bukan sabun untuk basuh tangan kamu tetapi mencuci hati manusia,'' katanya kepada hadirin yang seramai 120 ribu manusia yang hadir banjiri Dataran Shah Alam pada 31 Disember.

Akhir kalam dari saya :

''Moga hari ini lebih baik dari hari semalam!''

2 comments:

  1. selamat tahun baru v^^
    smoge tahun ni lebih baik dr tahun2 sebelumnyee .hehe

    ReplyDelete
  2. Hehe, terima kasih Yasmin Aris. Teruskan menyokong arena penulisan! :)

    ReplyDelete