Friday 7 December 2012

SPM! Jazakillah!


Salamullahi `Alaikum.

Untuk pengetahuan semua pengunjung blog saya ini, blog saya yang 

http://www.shahirahsurbani.blogspot.com 

itu sudah tidak diguna pakai lagi kerana terdapat masalah teknikal.

Kini, blog ana sudah bertukar kepada :

http://www.srikandimusyahidah.blogspot.com

Antaranya, pertama kali ana buka iaitu pada hari Khamis bersamaan 6 Disember 2012, tertera pada skrin tersebut tertulis :

Blog has been removed

Sorry, the blog at shahirahsurbani.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?'

Er.. itulah. Ana dah cuba macam-macam nak cari balik blog itu. Tapi, tidak berhasil. Hurm, tidak mengapalah. Mungkin di sebalik apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Jadi, ana kena banyak bersabar. Pertama kali perasaan bila dapat tahu agak sedih kerana blog itu banyak kenangan pahit, manis, masam dan macam-macam rasa lagi. Hal ini kerana blog itu sudah bersama dengan saya sejak saya Tingkatan 1 hinggalah akhir tingkatan 5. (Apesal macam skema je ayat? Haha)
Ujian pertama SPM?
Minggu pertama SPM di SAMSMEL (nama panggilan sekolah ana tercinta), iaitu Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar. Huhu memang mencabar. Petang yang redup itu, usai solat Asar berjemaah di Surau Al-Azhar tercinta itu, sepasang selipar ana hilang. Masing-masing sahabat-sahabat yang lain pulang dengan selipar mereka. Ana?

Memang jenuh mencari. Akhirnya, Wani Wanot, sahabat ana jumpa selipar ana dalam tong sampah. Tong sampah itu terletak berhampiran dengan tandas surau itu. Nak tahu? Memang ler menyirap sahaja rasa masa tu. Rasa kalau tahu siapa yang buat, nak je cincang bagi lumat otaknya. Ada ke patut orang nak solat, dia buat perangai macam tu. Haihh.. (rileks, rileks)

Masuk sahaja dorm, memang hebohlah cerita sadis ana tu. Lepas tu, sahabat ana pula cerita katanya, lepas Shahirah ambil selipar dan basuh selipar dekat tempat wudhu' tu. Mereka nampak dalam tong sampah itu ada bangkai cencorot. Huhu.. geli geleman dibuatnya. Hurm itu ujian pertama.

Ujian kedua?

Petang Khamis baru-baru ini kami semua pulang ke rumah masing-masing dengan bahagianya. Ana seperti biasa selepas pulang ke rumah pastinya akan membuka laman web wajib iaitu FACEBOOK dan BLOG. Nak log in blog untuk update kisah-kisah menarik yang terbaru, tetapi buka sahaja memang tak boleh. Macam kena delete. Entahlah. Tak tahu macam mana nak buat. Suruh sahabat-sahabat yang lain tengokkan blog ana. Mana tahu dapat balik. Tetapi, sudah pelbagai cara yang digunakan, tetap tidak berhasil. Tak mengapalah. Bukan rezeki aku nak dapat balik blog itu. 

Sedih ana rupanya macam gaya bayi ini? Comel tak? (Perasan!!)

Bak kata sahabat aku Najwa Izzati, mungkin dengan kemunculan blog terbaru aku ini, adalah blog yang terbaik berbanding blog aku yang dahulu. Aku pun rasa macam tu. Selepas ini, aku mungkin akan lebih berhati-hati untuk perkara-perkara sebegini supaya perkara lama tidak akan berulang kembali. (Haha berulang kembali?)

Eh! Nak cerita!

Usai sahaja pengakhiran kami terhadap periksa SPM. Tarikh pengakhiran 5 Disember 2012 bersamaan hari Rabu.
Memang budak kelas kami sangat seronok. Ana? Pastinya seronok sekali. Habis sahaja periksa, memang rasa nak buat macam-macam. Malam tu, kelas kami menghabiskan masa di dorm dengan menonton filem. Filem apa? Macam-macam. Filem pertama adalah 'Tolong Awek Aku Pontianak', filem kedua 'Sekali Lagi', lepas tu cerita apa entah. Ana jenis tak tahan mata kalau tengok filem malam-malam. Jadi habis sahaja filem pertama sudah mengembara mimpi. Yang lain, teruskan sambungan dari satu filem ke filem yang lain. Memang tahan sungguh mata mereka. Tidur mereka pada pukul 4.30 pagi semata-mata cerita. Haihh, hebatlah kalian! Kalau aku, memang tak bolehlah nak tidur lewat-lewat ni. Sakit pinggang tahu? Haha

Keesokannya harinya..

Kami menikmati hari terakhir kami di SAMSMEL, dengan begitu indah sekali kerana budak-budak ekonomi masih belum menghabiskan perjuangan mereka pada kertas yang terakhir iaitu subjek Ekonomi. Budak Akaun semuanya paling rileks. Ada yang khusyuk membaca novel, ada yang teruskan perjuangan untuk syahid di atas katil kerana tidur lewat, ada juga yang mengambil inisiatif untuk mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke rumah, dan berbagai jenis ragam manusialah masa tu.  


Tahun depan, dah tak duduk dah asrama SAMSMEL tu. Pindah sekolah lain. Plihan SAMTTAR. Doakan ana dapat sekolah sana. Nak ambil STAM rancangnya. Tembakan doa ya!


Akhir sekali, ana ada ucapan untuk SPM!

Ucapan untuk kau SPM :

Terima kasih sebab sudah pergi jauh dari hidup aku. Dulu, aku paling takut dengar nama kau. Sekarang sebut nama kau, aku tak takut dah. (Haha ekspresi selepas ambil SPM). Ambil keputusan nanti, baru cuak sikit kot. :D Aku harap aku dan sahabat-sahabat yang lain akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Moga-moga kepada pelajar-pelajar yang mengambil periksa besar tahun ini juga beroleh kejayaan, InsyaAllah. Moga bertemu kembali di lain waktu dengan post yang terbaru. :D

Salam kasih,

Srikandi Musyahidah aka Shahirah Surbani. ^^

4 comments:

  1. awww. banyaknya ujian.
    awak, sabar kay! ingat, ujian itu datang tandanya Allah sayang. hi-hee ^_^

    ReplyDelete
  2. Baik! Terima kasih tau Izzati! :D Semoga kita kuat menempuh ujian dari-Nya. ^^

    ReplyDelete
  3. Tahniah sebab dah habis SPM ! Semoga dapat keputusan yang cemerlang ya akak ! Teruskan berdoa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InsyaAllah, semoga kejayaan berpihak kepada akak. ^^

      Delete