Sunday 30 December 2012

LIKE? YA!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Okay!

Post saya mudah saja! Like? Suka? 

Sebelum itu, ingat post saya sebelum ni, saya ada post fasal Facebook, Twitter dan adik-beradiknya. Dah baca? Oh, kalau belum, baca, baca tau! ^^

Ha! Inilah button like tu. Kalau tak tahu, nah! 

Tujuan utama saya menulis adalah untuk memberitahu kawan-kawan yang sila selepas ini berhati-hati apa yang di'like' di dunia laman web sosial yang paling terkenal di dunia iaitu Facebook. Ya! Facebook!

Bahaya 'like' ni. Nak tahu kenapa?
Sebabnya, 'like' kita ini boleh menyebabkan kita menambah pahala, dan juga menambah dosa.
Mudahkan? 
Nak buat pahala, 'like' perkara baik. 
Nak dosa, 'like' perkara buruk, hina dan yang sewaktu dengannya.

Saya membangkitkan perkara atau isu ini kerana saya berasa saya perlu untuk memberitahu kawan-kawan yang di luar sana untuk berhati-hati fasal perkara ini. Nampak seperti perkara mudah sahaja. Tetapi, ianya boleh mengundang dosa kita.

Saya beri contoh :

Situasi anda mula buka 'Facebook' dan anda terlihat suatu gambar kawan anda yang dia tidak menutup auratnya. Jadi, anda terus me'like' gambarnya tanpa memikirkan apa yang akan terjadi. Bagi anda, cuma 'like' biasa sahaja. Tidak apa-apa.

Tetapi, tahukah anda?

Dengan setiap 'like' anda itu mengundang bahaya. Bahaya dan dosa. Sebab manusia yang gambarnya tidak menutup aurat itu di'like' dengan begitu banyak sekali, menambahkan dosan mereka yang melihat gambarnya. Oh, Nauzubillah Min Zalik. Bertambah dosa yang melihat, yang me'like', bertambah-tambah dosa.

Jadi, kepada yang pernah me'like' gambar yang tidak menutup aurat, saya mengesyorkan kalian untuk berhenti daripada terus melakukan dosa tanpa kita sedari. Berhenti. Kalau boleh, sila 'blocked' terus. Mungkin itu yang sebaiknya untuk kita dan dia.

#Si dia bermaksud : Orang yang mengepost status mereka sendirilah. Faham kan?


Lagi satu, bukan setakat 'like' gambar yang tidak menutup aurat sahaja, bahkan me'like' status manusia yang entah apa-apa dia menulisnya di status. 

Contoh?

Mudah sahaja.

Contoh : Nak je aku blocked kau. Buat semak hidup je. 

atau

Aku benci kau! Benci!

Apa tujuan tulis status macam itu? Haihh apalah! Fasal perasaan, sila jangan tulis di mana-mana. Cari publisiti itu namanya. 

Lepas itu, kita tekan button 'like'. Seolah-olah kita setuju apa yang mereka bencikan. Bahaya! Bahaya! Sepatutnya, sebagai sahabat dalam Facebook, kita menasihatinya, bukan menambahkan bilangan 'like'. Saya tahu 'like' itu free, dan nampak mudah. Tetapi ingat! Setiap 'like' kita akan diperhitungkan oleh Allah. Apapun perkara yang kita buat di dunia ini, akan diperhitungkan. Jadi, jangan ingat intu cuma perkara kecil sahaja yang tidak ada apa-apa.

Like Islam! 

Ya! Like perkara sebegini yang boleh membawa manfaat kita di akhirat kelak itu lebih baik. 

Mungkin setakat di sini sahaja. Sekian sahaja. 

SalamAlaikumWarahmatullah. :)

Tuesday 18 December 2012

Facebook, Twitter,..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Salamullahi`Alaikum.



Kali ini post saya berkisarkan facebook, twitter dan sebagainya. Pertama kali, saya nak tanya kalian, ada facebook? (soalan ini pernah diajukan oleh ustaz saya di dalam kelas, sekarang, ustaz tu dah pindah.) Kalau ada, sila angkat kening kanan 2 kali. Buat macam Ziana Zain yang penyanyi tuh. Okay!^^



Facebook? Saya ada. Twitter? Saya pun ada.



Hari ini, waktu ini saya sedang lagi menulis tentang facebook kerana saya rasa kerap kali manusia dalam facebook ni, mengupdate status mereka sesuka hati mereka. Mereka seolah-olah merasakan facebook itu mereka yang punya. Ya. Memanglah akaun facebook itu mereka punya, tetapi, tidaklah boleh mereka mengupdate sesuka hati. Ada yang menujukan status kemarahan kepada kawan, awek, dan sesiapa sahaja yang mereka nak tujukan. 



Contoh status mereka : ''Wei, benci giler aku dengan kau!! Benci kau!! ''


Contoh lain : ''Nak je aku blocked kau tahu?''


Haihh itu sebahagian contohnya. Apalah. Fikir ke depan sikit. Jangan sedap rasa hati, sedap tulis, sedap ikut hawa nafsu yang menggila, tulis melulu. 






Semua rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya, guna dengan cara yang baik. Cara yang betul. Hal ini kerana rangkaian sosial tersebut menjadikan dunia ini sememangnya tanpa sempadan dan tanpa sempadan manusia menjadi alpa dengan sempadan-sempadan dan peraturan yang Islam telah tunjukkan. Ya, alpa!



Luahan masalah atau ketidakpuashatian terhadap seseorang atau perkara lain sekalipun, adakah berbaloi jika kita mengatakan di Rangkaian Sosial seperti facebook. Ya, facebook! (yang kalian selalu guna tu) 



Facebook itu  memang terkenal dengan salah satu fungsi nya iaitu 'wall' di mana penggunanya boleh meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka sedang fikirkan. Sebagai seorang muslim, tidaklah bila kita memasuki dunia tanpa sempadan ini, habis punah semua sempadan yang telah digariskan oleh Islam. Tetapi kita masih mengekalkan agar hati kita, akidah kita, agama kita masih tetap bersempadan di dalam sanubari seseorang muslim.





Perkara yang menjadi isu dalam luahan pada sesuatu itu ialah yang membabitkan aib seseorang lalu diceritakan di rangkaian sosial. Berdasarkan hadis nabi :
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)
Berdasarkan hadis ini kita boleh mengambil satu ayat iaitu "Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". Aib bermaksud cacat cela, salah, atau hinaan. Berdasarkan mengikut konteks hina ini, jika seseorang itu salah dan berdosa lalu diceritakan di rangkaian sosial tidakkah itu salah? Kerana ianya  satu daripada membuka aib seseorang itu.
Tidak kisah jika kita berkata nama mahupun tidak, tetapi menceritakan aib itu, akan memberi kesan buruk jika orang itu, atau orang lain membacanya. Maka akan menimbulkan lagi komplikasi didalam satu permasalahan kerana satu pihak yang tidak mahu berbincang dan menyelesaikan, malah lebih selesa di cerita di rangkaian sosial dan membiarkan khalayak rakannya membacanya. 
Marah? Pergi ambil wudhu'. :)
Tindakan ini akan mengeruhkan lagi keadaan, malah boleh membabitkan pergaduhan antara muslim dan sahabat. Tidak salah jika menceritakan aib itu, tapi jika tiada diberikan nama dan bertujuan untuk menasihat dan memberi pengajaran pada yang lain.
Itu, tidak mengapa, kerana di dalam kitab Al-Quran sendiri Allah ada meriwayatkan kisah-kisah buruk kaum terdahulu agar dijadikan tauladan dan pengajaran oleh setiap muslim di muka.  Akan tetapi jika sesuatu aib itu diceritakan sungguhpun jika tiada nama diletakkan dan hanya mahu meluahkan perasaan.
 Nauzubillah, banyak kesan buruknya, malah bukan menyelesaikan dan meredakan malah akan menambahkan lagi kesan buruk. Kesan buruk yang akan sangat mengeruhkan keadaan. Huru-hara, jadinya. 
Kita ini manusia  diciptakan oleh Allah dengan satu tujuan. Tujuannya apa?
Mencari keredhaanNya dan menyembahnya sehingga nafas yang terakhir. 
Adakah rangkaian sosial itu yang memberi kita rezeki?, petunjuk?, atau jawapan kepada setiap persoalan dan permasalahan?
Adakah ianya dapat memberikan kita kegembiraan di dunia mahupun di akhirat kelak.?
TIDAK!
TIDAK SAMA SEKALI!
Hanya Allah yang kita sembah, kita takuti, dan kita luahkan segalanya di dunia ini. Sungguhlah malang sekali  jika kita menyutukan Allah dengan melupakanNya bahawa Dia sahajalah  tempat kita mengadu, tempat kita sembah, tempat kita menatap dan menangis ketika susah kerana Dialah yang boleh mengubah semuanya.
 Bukan Rangkaian Sosial! Itu tidak membantu.
Oleh itu, kita sendiri yang menentukan samada kita bersosial di dunia tanpa sempadan ini menambahkan pahala atau menambahkan pahala. Mari, sama-sama kita tafakkur diri masing-masing. 
Sekian sahaja post kali ini. Wassalam.

Tuesday 11 December 2012

PENYAKIT.


Salamullahi `Alaikum. :D

Sebelum itu, ana minta tembakkan dan panahkan doa buat ana ya. Moga ana cepat sembuh. Terima kasih.

Pagi itu seawal jam 7.00 pagi, kami pergi menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu abi. Jalan raya Kuala Lumpur agak sesak kerana ramai pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur masuk pejabat awal pagi. Mengejar punch-card rasanya. Supaya punch-card tidak merah. Macam tu ler lebih kurang. Er..aku tak berapa tahu sangat.

Aku dirawat di unit Dermatologi. (Perlu ke beritahu? Haha)

Aku?

Apa jadi dengan aku? Aku diserang penyakit yang tak seserius mana. Cuma kata doktor, aku diserang penyakit virus. Ianya boleh merebak sekiranya disentuh secara dalam keadaan berair. Contoh : Si A sakit tangan dan nampak kelihatan macam luka, lepas itu, Si B sentuh luka si A dengan tangannya dalam keadaan berair. Maka, peratusan untuk Si B itu untuk kena penyakit yang sama dengan Si A adalah tinggi. 

Okay! Lupakan fasal penyakit aku itu.

Kita kembali kepada apa yang aku nak sampaikan.

Penyakit! Yer! 

Pernah dengar perkataan tu. Pastinya semua orang pernah dengar dan faham apa maksud penyakit. Dalam erti kata lain penyakit dalam Bahasa Inggeris adalah 'disease' dan dalam erti bahasa Italinya adalah 'malattia'. Jujurnya, semua manusia di dalam dunia ini memang Allah SWT ciptakan penyakit kepada manusia untuk menguji sejauh mana keimanannya dan kesabarannya dalam menempuh ujian yang diberikan kepada mereka. 

Firaun?

Kenal Firaun?

Menurut apa yang aku belajar di sekolah, tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah, Firaun adalah satu-satunya manusia yang tidak pernah diberikan penyakit oleh Allah, hatta bersin sekalipun. Dahsyat sungguh Firaun ini. Tetapi, malangnya, dia begitu kufur kepada Allah dan seterusnya mati dalam Laut Merah, Mesir. Eh, kawan-kawan!

Inilah Laut Merahnya. Untuk makluman, Laut Merah ini panggilan sahaja kepada laut tersebut. Bukannya laut itu warnanya merah dan digelar 'Laut Merah' :)

Tahu tak?

Nabi Ayyub juga antara nabi yang pernah dihidapi penyakit.
Meh! Sini kisahnya!

Saat Nabi Ayub bersujud dalam solatnya, ulat-ulat itu berguguran jatuh dari kepalanya. Selesai solat, baginda mengutip ulat-ulat itu dan meletakkan kembali ulat tersebut di tempat asal di kepalanya. Tubuhnya sudah semakin melemahkan. Dagingnya juga sudah mula mereput. Bahkan, kalau disinar matahari kepadanya, ada bahagian tubuhnya yang boleh ditembusi cahaya. Bayangkan, betapa berat ujian dan dugaan buat Nabi Ayub!

Bermula dengan kehilangan harta benda, Nabi Ayub diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang tidak pernah menimpa mana-mana nabi. Sebelum itu, kehidupan Nabi Ayub diselimuti kemewahan. Baginda dilimpahi kekayaan harta benda dan mempunyai binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, keldai dan unta.
Nabi Ayub juga mempunyai keturunan yang besar. Anak lelaki dan perempuannya ramai dan mereka hidup dalam keadaan aman bahagia. Namun, harta dan keturunan yang mewah itu tidak pernah melalaikan Nabi Ayub dalam mengerjakan suruhan Allah. Baginda tetap tawaduk dan merendah diri di samping sentiasa menderma kepada fakir miskin dan anak yatim.

Iblis (Manusia jahat tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, dia juga kaum kerabat Syaitan!)

Iblis yang dengki melihat kesempurnaan hidup Nabi Ayub mencuba sedaya upaya untuk menggunakan tipu helahnya bagi menghasut nabi Allah yang sabar itu. 

Ujian pertama!

Kemewahan Nabi Ayub mula menyusut dan akhirnya habis terus. Ketika itu, Nabi Ayub tidak mengeluh bahkan terus beribadat kepada Allah SWT. 

Ujian kedua! 

Anak-anaknya pula mula meninggal seorang demi seorang. Kesedihan turut dirasai Nabi Ayub tetapi keimanannya kepada Maha Pencipta tidak pernah berkurangan. Dia hanya redha dan masih meneruskan kehidupannya. 

Ujian ketiga!

 Nabi Ayub ditimpa penyakit kulit yang dahsyat. Penyakitnya kian tenat dari hari ke hari. Sehingga tubuhnya semakin kurus dan tiada lagi orang sanggup melihatnya melainkan isterinya yang setia merawat dan menemani Nabi Ayub. Namun Nabi Ayub tidak pernah berkeluh kesah dengan penyakitnya sebaliknya terus redha dengan ujian itu. 

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam Al-Quran mafhumnya: 

Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi". 
"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84) 

Doa senjata orang mu'min.

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah: 

1) Dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. 

2) Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya. 

Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda. Sejak peristiwa itu, Nabi Ayub telah menjadi contoh nabi yang paling sabar dalam menghadapi ujian. 

Kata Srikandi Musyahidah :

Penyakit itu semuanya datang dari Tuhan. Dia yang beri, dan dia yang ambil. Kita sebagai hamba, banyakkan ingatNya bukan di kala ada penyakit sahaja, malah tidak ada penyakit pun wajib ingat kepadaNya. Sekian dulu.

Wassalam..