Sunday 30 December 2012

LIKE? YA!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Okay!

Post saya mudah saja! Like? Suka? 

Sebelum itu, ingat post saya sebelum ni, saya ada post fasal Facebook, Twitter dan adik-beradiknya. Dah baca? Oh, kalau belum, baca, baca tau! ^^

Ha! Inilah button like tu. Kalau tak tahu, nah! 

Tujuan utama saya menulis adalah untuk memberitahu kawan-kawan yang sila selepas ini berhati-hati apa yang di'like' di dunia laman web sosial yang paling terkenal di dunia iaitu Facebook. Ya! Facebook!

Bahaya 'like' ni. Nak tahu kenapa?
Sebabnya, 'like' kita ini boleh menyebabkan kita menambah pahala, dan juga menambah dosa.
Mudahkan? 
Nak buat pahala, 'like' perkara baik. 
Nak dosa, 'like' perkara buruk, hina dan yang sewaktu dengannya.

Saya membangkitkan perkara atau isu ini kerana saya berasa saya perlu untuk memberitahu kawan-kawan yang di luar sana untuk berhati-hati fasal perkara ini. Nampak seperti perkara mudah sahaja. Tetapi, ianya boleh mengundang dosa kita.

Saya beri contoh :

Situasi anda mula buka 'Facebook' dan anda terlihat suatu gambar kawan anda yang dia tidak menutup auratnya. Jadi, anda terus me'like' gambarnya tanpa memikirkan apa yang akan terjadi. Bagi anda, cuma 'like' biasa sahaja. Tidak apa-apa.

Tetapi, tahukah anda?

Dengan setiap 'like' anda itu mengundang bahaya. Bahaya dan dosa. Sebab manusia yang gambarnya tidak menutup aurat itu di'like' dengan begitu banyak sekali, menambahkan dosan mereka yang melihat gambarnya. Oh, Nauzubillah Min Zalik. Bertambah dosa yang melihat, yang me'like', bertambah-tambah dosa.

Jadi, kepada yang pernah me'like' gambar yang tidak menutup aurat, saya mengesyorkan kalian untuk berhenti daripada terus melakukan dosa tanpa kita sedari. Berhenti. Kalau boleh, sila 'blocked' terus. Mungkin itu yang sebaiknya untuk kita dan dia.

#Si dia bermaksud : Orang yang mengepost status mereka sendirilah. Faham kan?


Lagi satu, bukan setakat 'like' gambar yang tidak menutup aurat sahaja, bahkan me'like' status manusia yang entah apa-apa dia menulisnya di status. 

Contoh?

Mudah sahaja.

Contoh : Nak je aku blocked kau. Buat semak hidup je. 

atau

Aku benci kau! Benci!

Apa tujuan tulis status macam itu? Haihh apalah! Fasal perasaan, sila jangan tulis di mana-mana. Cari publisiti itu namanya. 

Lepas itu, kita tekan button 'like'. Seolah-olah kita setuju apa yang mereka bencikan. Bahaya! Bahaya! Sepatutnya, sebagai sahabat dalam Facebook, kita menasihatinya, bukan menambahkan bilangan 'like'. Saya tahu 'like' itu free, dan nampak mudah. Tetapi ingat! Setiap 'like' kita akan diperhitungkan oleh Allah. Apapun perkara yang kita buat di dunia ini, akan diperhitungkan. Jadi, jangan ingat intu cuma perkara kecil sahaja yang tidak ada apa-apa.

Like Islam! 

Ya! Like perkara sebegini yang boleh membawa manfaat kita di akhirat kelak itu lebih baik. 

Mungkin setakat di sini sahaja. Sekian sahaja. 

SalamAlaikumWarahmatullah. :)

2 comments:

  1. Alaikum Salam Warahmatullah ^_^ Yup ! Betul ! Betul ! Hanya disebabkan like yang dilakukan oleh hujung jari , satu badan boleh binasa kerana mengundang dosa ^_^ Jadi , lepas ni kita kena hati hati dengan "like" tu ^_^ Thanks for the reminders =)

    ReplyDelete
  2. Most Welcome! Betul! :)Apapun, fikir dahulu adalah yang sebaiknya, agar kita tidak terjebak dengan dosa yang kita tidak perasan akannya. Moga kita sama-sama banyakkan pahala untuk ke negeri akhirat sana, insyaAllah. :)

    ReplyDelete