Wednesday 4 December 2013

"Welcome back, Cik Shahirah!"

Assalamualaikum.

Rasanya bagai sudah lama meninggalkan blog ni. Berhari, berminggu, malah berbulan tidak ku jengah kau, yang sudah lama tidak merasa sentuhanku di sini. (HAHA!)

"Aku pasti, kau juga ingin dicoretkan bukan?" soal aku.

''Yer, Cik Shahirah, kami merindui cik yang sudah lama tak menatap kami. Mungkin sebelum ni, cik terlalu sibuk dengan STAM, menyebabkan cik susah ingin berjumpa kami." jawab blog.

Monolog seketika.

Maaf. Sorry sangat. Cik bukan tak mahu mencoretkan coretan indah di sini, cik terlalu sibuk. Kadang tu, internet kelajuannya tahap siput naik gunung. (Macam pernah tengok siput naik gunung je..) Lembap. Memandangkan sekarang ni, line internet kelajuannya tahap Ferrari memecahkan kelajuan mencapai 390 km/j mungkin. Maka, tercetuslah fikiran untuk memberikan sedikit coretan di sini. 

Rindu teramat mungkin dekat blog.

Semalam. Sewaktu aku menuruni tangga bas, maka dengan tidak sengaja, aku mendengar sebuah perbualan. Eh, jap, sebuah ea? 

Kalau salah, betulkan.
Kang guna seketul, macam pelik je, macam weird je.

''Kak, mahal wo, saya beli gula pasir hari tu. Sepaket, harga 3 ringgit lebih."

''Oh, ye ke, kak?" Mukanya berkerut menangkat kening.

''Haala, sekarang barang makin naik, makin mahal."

''Kak, haritu saya beli gula pun mahal gak. Tapi tak sampai 3 ringgit. Harga tempat saya, RM 2.84. Sebelum ni, harga RM 2.54. Naik 30 sen, kak."


Perbualan terhenti selepas tu. Tidak ku dengar apa yang dibualkan mereka. Kami masing-masing berjalan di haluan yang berbeza.


Sebaik sahaja sampai di rumah, sewaktu melabukan diri di atas lantai bilik, maka aku teringatlah balik perbualan mereka. Bukan apa. Saja. Mengenangkan kembali apa yang dirungut dan dingomelkan oleh akak dan sahabatnya tadi.

Hm.

Gula menaik, minyak menaik, apa pun semua menaik. Siapa yang dok Malaysia, tahulah, dan rasalah. Memang sedang merasa pun.

Tetiba aku terfikir dek otak yang menggeliat menggerakkan saraf . Macam mana la, nanti ea, zaman aku bila dah besar nanti, zaman anak-anak aku, cucu-cucu aku. Hm tak ke barang makin mahal, kos sara hidup makin tinggi.

Ingatan memikirkan masa hadapan sudah ku bayangkan.

Oh, aku lupa! 

'Malaysia Masih Aman'


Yedak?

'Keamanan mengatasi segalanya.'

Yeke?

"Dah tu, rakyat yang susah takde duit nak beli barang, nak beli guna apa, daun? Pasir ea? Ha, camne?

"Alah, kerajaan DN, (Dato' Najib) bukan saja-saja naikkan harga gula, dia orang tak nak kita kena  penyakit kencing manis.

Cik bukan nak suruh bangkang kerajaan, cuma nak suruh cari ruang masa, fikir balik. Apa yang terbaik untuk manusia, agama, bangsa, negara. Mudah kan?

"Jap, nak tanya! Orang yang kencing manis, semua akan mati ea? Ada je, orang yang penyakit kencing manis, tak mati-mati. Hidup je."


Untuk makluman, tak semestinya bila ada seseorang uh ada penyakit, dia akan mati. Malah ada je yang orang yang penyakit teruk, bertahun-tahun dihidapi dan dijuang penyakitnya, tak mati-mati. Ramai kot. 

Sebab tu dalam Quran, Surah Al-Ankabut ayat 57. Cuba cek tengok.

Kullu Nafsin Zaaiqotul Maut.

'Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati.'

Dan Allah tak kata, 'Setiap yang berpenyakit, pasti akan merasai mati.' 


Boleh beza? Kalau boleh, bagus. 

Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya. Dia bagi penyakit, bukan saja-saja. Ada hikmah baik Dia nak bagi dan suruh kita cari. Sangka baik dengan Allah, itu yang terbaik. 

^_^

-----------------------------
1.51 petang
051213
Khamis

Thursday 1 August 2013

Selamat Tinggal Percubaan STAM!!

Hai ! 

Assalamualaikum.

Huh, cop cop. 
Take 5 seconds jap!

Nak amik nafas baru. 
Nafas lega selepas selesai peperiksaan percubaan STAM dengan jayanya. Akhirnya, selesai juga periksa yang dinanti-nantikan ni. Mahu taknya, 2 minggu periksa percubaan STAM ni. 

Haa cane perasaan?
 Alhamdulillah. Lega sangat. Macam nak lompat tingg-tinggi sampai ke langit. Tak tergambar riangnya. Yelahh mana taknya, berasak-asak otak nak menghafalnya lagi. Tapi, takpe. Itu bukan alasan untuk kita tak berjaya kan? Usaha sungguh-sungguh. Ibadah kasi penuh. Baru mantopp beb!

MANTOPP!


(Teringat Ustaz Zamri Mengaji, dulu masa kecil-kecil dulu, suka tengok)

Syafawi dah lepas, Periksa Percubaan STAM pun sudah melambaikan 'tangannya' dengan jayanya. Lepas ni, Syawal pula menampakkan diri. Eh salah, salah, lepas ni, Periksa Sebenar STAM bakal menampakkan dirinya. Okay, dirinya akan muncul sekitar bulan 10 ni.

Tarikh?

Ooopss belum tahu lagi. Nanti saya dah tahu, saya bagitahu yer, Encik, Puan, Datuk, Nenek dan keseluruhan keluarga Blogger ye. Pengalaman ujian syafawi yang paling seronok plus best, satu je. Kita dapat bercakap suatu benda dalam Bahasa Melayu dengan cemerlangnya, tapi bila tukar atau istilah mudah bila di'translate'kan dalam Bahasa Arab, haa cane jadi? Masa tu, otak-otak dengan sarafnya bergabung kemas antara sesama masing-masing. Ada urat saraf kanan otak bergetar memberi impak positif. Ada juga urat-urat yang lain sibuk gigih meng'translate' Melayu kepada Arab.

Konon-konon jelaa ea.

Alhamdulillah, soalan Syafawi tak adalah susah sangat seperti yang dijangka. Kita cuma duduk atas kerusi. Lepas tu, mumtahin (pemeriksa) dia bacakan soalan, kita cuma jawab je balik. Soalan yang ditanya, lengkapkan bacaan surah yang dibaca, kemudian soalan hadith, samalah juga lengkapkan. Tapi satu ni, agak menyukarkan. Sikit sukarlah.


''Apa dia? Apa dia?''

Insya'Mutolaah.

Nak sebut guna lisan subjek ni memang senang. Tapi, perghhh, agak kesukaran sikitlah melanda. Soalan pertama dia suruh kita baca petikan arab, tanpa baris. Allahu. Saya redah je baca. Cuma ingatlah juga tanda-tanda macam bila ada huruf jazam, perkaan lepas tu kena sukun, bila ada huruf jar, lepas tu kena baca baris bawah. Fuhh macam-macamlah kena jaga. Baru rasa sedar yang sebenarnya, bila baca kitab atau satu qit'ah (petikan) tanpa baris ni, amat sukar sebenarnya bila tak selalu dilazimi dengan lidah yang Allah beri ni.

Soalan kedua, dia tanya, murodif (perkataan sama maksud) bagi perkataan saafara (bermusafir). Huh, saya main redah, haha zahaba (pergi). Aarghhh lantak apa nak jadi, asalkan jawab. Tanpa suara yang membisu umpama cengkerik. Haa lagi okay jawab, dari tak jawab langsung. Untung lepas tu, bila tanya ustazah balik, ustazah cakap betul. Huh

Tak sangka sangat sebenarnya, sebelum nak syafawi pagi tu, saya ada terbuka kamus cari perkataan saafara. Last last yang ditanya masa syafawi murodif saafara. Alhamdulillah. Rezeki. 

Eh kembali kepada soalan ketiga, Insya'Mutolaah, dia tanya ada handphone?

Er, terpaksa, tipu. 

''Takde.''

''Okay, awak rasa, pelajar perlu tak bawa handphone ke sekolah?''

''Tak perlu.''

''Okay, salasatu afkar''

Kemudian, otak menggeliat dengan menukarkan perkataan Melayu kepada Arab, maka berlakulah beberapa perkataan pelik macam aliens keluar, haha. Pengalaman betul. Memang dah nama pun syafawi, jadi memang fully guna arabic languange la. Rasa macam tengah periksa dekat negara Arab pun ada juga. Serious, best sangat Syafawi. Serious talk. 

Antara ayat pelik yang dikeluarkan :

''Li anna tullab lagho, kaslan, lak darasa.''

Haha nak tahu apa maksud tu?

''Kerana pelajar akan lagho, malas, tak belajar.''

Dengan uslub nahu, sorof lintang-pukangnya. Haha tu tak kisahlah. Asal kita jawab, sudah. Betul tak betul, tu belakang kira. Yelahh, kita ni bukannya orang Arab. Kita orang Melayu yang sinonim dengan bahasa perantara yang digunakan dengan sesama kita pun, bahasa Melayu. Jadi, kalau berlaku apa-apa perkataan arab pelik tu, biasalah ea. 

Kemudian, soalan terakhir, dia tanya, nama siapa, umur berapa, sekolah mana, rumah kat mana, semuanya tentang peribadi diri kita la. Dalam lima soalan macam tu mumtahin tu tanya. Then, habis. Berjabat tangan dengan mumtahin perempuan yang dari sekolah SAMBBST, tak silap, namanya Ustazah Dermawati. Mumtahin lelaki sorang lagi tu, tak tahu nama dia siapa. Hee ^^

Cop!

Ustaz kami cakap, bila mumtahin tanya soalan, jawab jawapan tipu pun takpe.

Nak tahu kenapa?

Sebabnya, mumtahin tu tak suruh kita jawab dengan jawapan yang jujur plus betul pun kan. Dia cuma nakkan jawapan je. Ikut suka nak jawab macam mana.

''Yang penting, mu jawab soalan dia.''

''Ustaz, ustaz.''

''Semua gelak je dengar ustaz cakap.''

Okay, okay, sudah penat menceloteh. Mengeluarkan segala perasaan, ehh perasaan la plak. Perasan sebentar. 

Allright.

Doakan saya.
Teruskan mem'baling' bom bom doa buat saya. 

Semoga Allah merahmati saya dan awak semua.
Hamba.
Shahirah.

Sunday 23 June 2013

Syafawi 8/7 ni.

Taraaaaaa...

Assalamua'alaikum to all muslimin and muslimat here.

Today.

Eh eh speaking plak tetibe. Saja.

Baiklah. 

Nampaknya hari silih berganti. Bulan berganti matahari. Malam berganti siang. Sekejap je masa berlalu. Ujian Syafawi STAM makin hampir. Waduh, terasa berdebar plak hati ni. Hm, moga Allah tenangkan hati saya. 

Kalian doakan saya ya! Agar saya dapat hadapi ujian Syafawi nanti dengan tenang. Ehem juara hafazan ni. Hihi takdelah. Masa juara juara tu dah lama berlalu. Rindu plak dekat pertandingan pertandingan hafazan ni. Seronok bila rasa suasana pertandingan.

Kadang-kadang tu rasa dah macam wakil negeri da. Okay, saya berangan kejap! Tapi, tak salahkan berangan? Berangan biar tinggi. Usaha mau selari la beb!

Nah!
Muka juara hafazan sekolah.
Tapi tu dah lama dah.
Zaman kegemilangan saya dah berlalu.

Kegemilangan? Hah, kegemilangan la sangat ye.
Hihi :p

Jap. 
Antara surah Syafawi STAM tahun ini, ehem ehem antaranya :

1) Surah Saba'
2) Surah Fatir
3) Surah Luqman
4) Surah Assajdah

Semua surah dah hafal. Tapi, hm cuak tetap cuak. Takut tetap takut. Gentar tetap gentar. 

Huh, lap peluh berkeringat dekat dahi kejap.

Sahabat-sahabat STAM SAMTTAR yang masih meneruskan langkah bersama saya, saya doakan kita sama-sama dapat menjalani ujian syafawi dengan tenang dan aman. Tanpa rasa tersekat-sekat bila baca nanti ya.

Rileks saja. Tapi, jangan rileks sangat ye.

Banyakkan ulang bacaan. 
Tasmik dengan kawan.
InsyaAllah, kita semua boleh punya. 

Saya yakin, kita semua boleh!
Kepada yang masih belum hafal surah syafawi tu lagi, cepat-cepat ya hafal!
Ujian Syafawi 8 Julai 2013 ni.

Okay. 
Daaaaaaaaa.

^^

Saya Sayang SAMTTAR saya.
Ecspecially 6 Siddiq.

Shahirah pesan : Jangan malas-malas hafal. Jangan malas-malas ulang bacaan ya. Kurangkan tengok tv. Kurangkan dengar lagu lagho tu ye.

Saturday 23 March 2013

Result SPM!! Alhamdulillah

Syushhhh sana, sana! Nyah kau habuk! Bersawang dah blog aku ni. Berapa bulan entah tak buka. Maaf sangat tau. Aku sibuk. Huh, sibuk la sangat. Betullah. Aku sibuk uruskan STAM. 

Okay! Teruskan kepada apa yang nak aku cakap. Eh salah bukan cakap. Berdasarkan apa yang aku ingin tulis hari ini.

Ini buku-buku STAM. Banyak? Eh sikit saja.

Pagi yang cerah. Tanpa mendung sedikitpun. Suasana pada hari Khamis bersamaan 21 Mac 2013 adalah hari yang ditunggu-tunggukan oleh bekas pelajar SPM 2012. Dan salah seorang yang menunggu itu adalah aku. 

Aku, Shahirah Surbani!

Sehari sebelum tu, memang aku dah semangat nak pakai baju STAM yang berwarna hijau pokok pisang tu. Entah kenapa. Semangat sangat nak pakai. Jadi pada hari keluarnya keputusan SPM, aku pun memakailah baju sekolah STAM aku tu. 

Cantik? Haha of course ler. Baju sekolah aku kowtt!

Datang dengan umi. Umi nak bayar yuran adik semua. Dah siap semua, baru teman aku pergi dewan. Yelar, keputusan SPM dekat dewan. 

Tanya kawan, berapa A? Dia cakap, tak nak ambil lagi. Takut katanya. 

Ohh, aku pun cuak yang teramat plus takut. Tapi, hmm buat tak tau jela. Aku redha dengan apa sahaja keputusan aku.

Ambil sahaja slip. Perghh nampak ada B, C. Memang tak tengok langsung la slip lepas tu. Kemudian, terus bagi umi slip keputusan SPM. Baru la sama-sama tengok. 

Owhh, ada A gak rupanya. Ingatkan dah hmm. Malas nak cakap. 

Subjek yang A :

1) Bahasa Melayu
2) Tasawur Islam
3) Pendidikan Syariah Islamiyah
4) Pendidikan Quran Sunnah
5) Bahasa Arab

Huh, dapatlah gak 5A. Alhamdulillah, syukur pada-Mu yang tidak terhingga, Ya Allah. 
Aku tahu ini semua pinjaman sahaja. Allah layak mengambil balik apa yang dia beri pada hamba-hambaNya.
Kita kena sangat bersyukur dengan apa yang diberi lebih jauh besar nikmatnya. 
Percayalah. Allah beri kita hidup untuk bernafas dengan oksigen yang free atau percuma ini dah cukup besar rahmatnya. AllahuAkbar.

Kepada yang 9 A, Aimi, Rahman dengan Nawarah. Tahniah tau korang!!

Salute korang! Aku tumpang gembira dengan kejayaan kalian!

Kepada yang 5 A sama macam aku, Wan Faizal, Amir Arifudin, Musfirah dan siapa entah lagi. Tahniah gak tau. Main-main dapat la gak 5 A.

Sufianah!

Lupa plak nak ucap. Tahniah gak tau kalahkan aku masa SPM. Dulu masa PMR, aku kalahkan kau. Huh takpe. Ini rezeki kau. Apapun, alfu mabruk. Seribu tahniah la.

Kepada yang keputusan SPM kurang memberasangkan atau yang tiada A langsung pun, korang jangan kecewa sangat. 

Eh eh lupa plak nak ucap tahniah. 

HAZIM SAIDI! 

Tahniah juga tau! Kalahkan aku yer dalam SPM nier! Dulu masa PMR, kita sama-sama dapat 8 A. Ini sekarang, kau kalahkan aku la. Tahniah tau! 9 A 1 B. B for BM. So funny laaa!!

HAIRI DAHARI!

Ini sorang lagi. Tahniah! Berjaya gak SPM an. 10 A 2 C. C for Physic and Chemist an. Takpe. Alhamdulillah. Dah cukup cemerlang sangat dah tu.

MUJIBUDDIN!

Huh, ini lagi hebat ni. Kawan aku sekolah rendah. Haishh, tak sangka aku la. 10 A+. 1 A solid. Haishh korang nier pandai-pandai la. Makan apa la sampai pandai sangat ni? Haha

Okay, sahabat-sahabat semua!

Allah dah beri apa yang terbaik dah untuk kita semua.

Remember!

Allah gives what we need, not what we want!

Allah tak beri apa yang kita nak, tapi apa yang kita perlu.

Aku yakin, nanti suatu hari nanti, korang berjaya juga untuk masa depan kalian. Entah-entah kerja lagi hebatlah. Pensyarah ke, profesor ke. Dah, dah! Jangan sedih-sedih tau!

Tahun ni, aku dan ambil periksa STAM. Doakan aku MUMTAZ! Berserta dengan sahabat-sahabat perjuangan yang ambil STAM gak. Tak kisahlah, SAMTTAR, SAMBBST, MA'AHAD dan mana-mana sekolah sahaja. 

Bomkan doa buat kami!

Kepada yang tahun ini ambil periksa SPM, buat betul-betul tau! Sungguh-sungguh! Kasi gempak punya! Okay, Kak Shahirah doakan yang terbaik untuk kalian, calon-calon SPM 2013!

Alfu Mabruk semua! XD

 SAMSMEL ARE THE BEST FOREVER AND EVER!

Saturday 5 January 2013

2013 II

Post kali kedua! Hal ini kerana kawan fb saya, Otak-otak, bukan nama sebenar menyuruh saya untuk teruskan menyambung berkongsi pengalaman saya berada di Dataran Shah Alam pada ambang 2013.

Nak mula dari mana ya?

Hurm, saya mula dari pertama jejakkan kaki di sana. Keberangkatan kami bermula usai solat Isya' di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang kebetulan berhampiran dengan Dataran Shah Alam. Gelap! Jalan ke Dataran Shah Alam hanyalah dengan menggunakan kudrat kedua-dua kaki yang ada kerana kesesakan yang teramat sangat. Ribuan yang hadir sangat memeriahkan.

Ramai sangat orang!

Mata kami meluru memandang tepat pada tempat perempuan yang hadir untuk duduk bersama-sama menyaksikan majlis itu berlangsung. Sebelum mengadakan sesi soal jawab bersama UAI, kami dihidangkan dengan persembahan dikir barat, bacaan sajak yang begitu syahdu dan mempesonakan dari artis muslimah yang baru berhijrah, Diana Amir dan beberapa lagu kerohanian turut dihidangkan bersama. 

Mata saya tertumpu kepada dua. Satu sebelah kiri tempat stage di mana mereka iaitu para artis, para ustaz berada dan lagi satu skrin besar yang berada di sebelah kanan kami. Memang seronok. Almaklumlah, baru kali ini dapat rasa suasana sebegini. Tahun lepas, ada juga sambutan ambang 2013 sebegini, tetapi saya tidak diizinkan hadir akibat sebab-sebab yang tertentu.

Jadi, dengan kesempatan, ruang dan peluang yang ada, saya memanfaatkan masa untuk hadir memeriahkan majlis tersebut. Penutupan majlis, adalah dengan mengalunkan nasyid Asma Ul Husna dan bacaan doa penutup majlis oleh Ustaz Azhar Idrus. 



Penat! Tambah ngantuk yang teramat! Tambah lagi dengan perut yang sangat lapar! Sama dengan seronok yang tidak terhingga!

Ingatkan di sana duduk dekat dengan booth makanan. Rupanya, jauh tempat kami dengan booth makanan. Memang lapar. Tahan sahajalah masa 'darurat' tu. Haha. Tak mengapalah. 

'Makan Untuk Hidup'

Bukannya

'Hidup Untuk Makan'

Sebelum itu, saya ingin men'share'kan puisi yang dibacakan oleh Diana Amir sewaktu berada di sana. 

Tajuk :

UNTUKMU SAHABAT

Sahabat,
Aku sayang kau, kerana itu aku bicarakan

Rasa resah dalam jiwa ini, 
Anak mataku dalam sepi memerhati,
Inginku luahkan, inginku laungkan sekuat hati,
Wahai sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya aku tahu,
Kebahagiaan fatamogana yang tak pasti yang kau dambakan
Ya aku mengerti,
Puji insan yang tak kau cintai dan tak kau kenali
jadi garis pandu hidupmu

Tidakkah tergetar
Tidakkah tercelar
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih tuhanmu
yang rindukan taubatmu
Rindu pada basah bibirmu
Mengesakan Yang Esa
Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka, marilah kembali
Sudah jauh tersasar santun lidahmu, marilah kembali

Tiada dayaku melainkan kata,
Walau kadang kau punca mataku berkaca
Cinta pada sahabat melangkaui segala
Dalam resahku memerhati
Pada satu nafas yang dihembus sia-sia
Aku ingin bersamamu di Firdausi
Tasnim di lidah dan kesyukuran tak berhenti

Sahabat,
Lepaskan syaitan di hatimu
Biarkan fana jahiliyah yang menggoda, menangisi dan merindukanmu
Kerana kau sahabat dicipta untuk lebih daripada itu.

Qola Sri : Moga kita sama-sama mendapat mau`izah dari apa yang saya tulis, insyaAllah. Doakan juga mereka turut berhijrah sepertimana Diana Amir.

TAHUN BARU 2013/1433 H

SalamAlaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Post fasal tahun baru 2013 menjadi tajuk utama untuk saya teruskan penulisan saya pada ketika ini. Sememangnya, saya amat suka menulis, suka bercakap (er, meme hobi!). Paling yang tak boleh dipisahkan, saya memang suka menulis. Harap-harap, cita-cita saya untuk menjadi seorang penulis, akan menjadi satu kenyataan, insyaAllah.

 

VS


Pada hari Selasa baru-baru ini, di televisyen siaran 103 kalau astrolah, kalau biasa, tv3, ada Prof Dr Muhaya  cakap fasal tahun baru. Menariknya beliau cakap 'Tiada istilah tahun baru, tetapi hari baru.'' Kerana, kita pernah dengarkan. Ayatnya?


'Hari ini hendaklah lebih baik dari hari semalam'

Betul! Saya sokong betul dengan ayat Professor Doktor Muhaya. Kalau asyik dengan tahun baru sahaja, pastinya mereka akan ingin meletakkan azam baru. Tetapi bila dah pertengahan tahun, azam baru itu akan terkubur begitu sahaja. Kepada mereka yang azamnya tercapai mengikut apa yang diazamkannya, alhamdulillah. Bagus. 

Bukanlah maksud saya, siapa yang tidak merealisasikan azamnya, mereka tidak bagus. Oh, tidak sama sekali. Bergantunglah pada diri mereka sendiri. 

Eh, saya ada pengalaman yang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan blog di mana keberadaaan saya sewaktu ambang 2013 menjelma.

Kamal Adli, UAI, dan Pierre Andre.

Apa? Di Dataran Merdeka? Oh, no!

Saya sekeluarga berada di Shah Alam bersama dengan ribuan para hadirin yang datang ke Majlis Ambang 2013 bersama UAI, Ustaz Haslin dan beberapa orang artis yang hadir turut memeriahkan majlis. Sangat mengagumkan! Sekitar 120 ribu hadir memeriahkan majlis.


Sebab saya sebelum ini, tidak pernah hadir ke majlis yang begitu ramainya pengunjung. 

Subhanallah. Maha Suci Engkau, Ya Allah!

Berada bersama para ulama, memang sangat mengujakan. Rasa suasana  keislaman. Sepatutnya, sambutan tahun baru, bukannya dengan hiburan yang melalaikan. Sampai ke pagi hiburannya. Campur lelaki perempuan. Ada yang lebih teruk dan malang lagi, ada juga yang menyambutnya dengan melakukan persetubuhan bukan mahram tanpa ikatan yang sah. Minum arak. Allah.

Saban tahun, perkara ini sepatutnya diambil perhatian oleh para pemimpin yang meneraju atau mentadbir negara, sebenarnya. Bukannya, memandang dengan mengambil mudah dan memandang enteng sahaja. Opss. Hurm, masuk politik sikit yer!

Tahun 1995 bermakna bagi saya, kerana saya lahir pada tahun tersebut. Hari lahir ialah pada hari Khamis bersamaan 9 November 1995. Bak kata UAI, kita tak salah guna kiraan Masihi, tapi kalendar hijrah, jangan pernah kita lupakan. Terpulanglah kome! (Perok sekejap)

Sebelum saya mengundurkan diri dari post kali ini, saya ingin menutup dengan petikan seorang ulama' terkenal di Syria iaitu Syeikh Muhammad Ali As Sobuni. Nama dia As Sobuni kerana beliau berasal dari keluarga yang mempunyai kilang sabun pada ketika dahulu. Beliau berkata, golongan yang benar akan bersama dengan para ulama. 

Kata-kata indah dari beliau :

''Aku bukan sabun buat cuci tangan tetapi sabun cuci hati manusia. Kalau kamu makan dan tangan kamu kotor, aku bukan sabun untuk basuh tangan kamu tetapi mencuci hati manusia,'' katanya kepada hadirin yang seramai 120 ribu manusia yang hadir banjiri Dataran Shah Alam pada 31 Disember.

Akhir kalam dari saya :

''Moga hari ini lebih baik dari hari semalam!''