Tuesday 11 December 2012

PENYAKIT.


Salamullahi `Alaikum. :D

Sebelum itu, ana minta tembakkan dan panahkan doa buat ana ya. Moga ana cepat sembuh. Terima kasih.

Pagi itu seawal jam 7.00 pagi, kami pergi menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu abi. Jalan raya Kuala Lumpur agak sesak kerana ramai pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur masuk pejabat awal pagi. Mengejar punch-card rasanya. Supaya punch-card tidak merah. Macam tu ler lebih kurang. Er..aku tak berapa tahu sangat.

Aku dirawat di unit Dermatologi. (Perlu ke beritahu? Haha)

Aku?

Apa jadi dengan aku? Aku diserang penyakit yang tak seserius mana. Cuma kata doktor, aku diserang penyakit virus. Ianya boleh merebak sekiranya disentuh secara dalam keadaan berair. Contoh : Si A sakit tangan dan nampak kelihatan macam luka, lepas itu, Si B sentuh luka si A dengan tangannya dalam keadaan berair. Maka, peratusan untuk Si B itu untuk kena penyakit yang sama dengan Si A adalah tinggi. 

Okay! Lupakan fasal penyakit aku itu.

Kita kembali kepada apa yang aku nak sampaikan.

Penyakit! Yer! 

Pernah dengar perkataan tu. Pastinya semua orang pernah dengar dan faham apa maksud penyakit. Dalam erti kata lain penyakit dalam Bahasa Inggeris adalah 'disease' dan dalam erti bahasa Italinya adalah 'malattia'. Jujurnya, semua manusia di dalam dunia ini memang Allah SWT ciptakan penyakit kepada manusia untuk menguji sejauh mana keimanannya dan kesabarannya dalam menempuh ujian yang diberikan kepada mereka. 

Firaun?

Kenal Firaun?

Menurut apa yang aku belajar di sekolah, tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah, Firaun adalah satu-satunya manusia yang tidak pernah diberikan penyakit oleh Allah, hatta bersin sekalipun. Dahsyat sungguh Firaun ini. Tetapi, malangnya, dia begitu kufur kepada Allah dan seterusnya mati dalam Laut Merah, Mesir. Eh, kawan-kawan!

Inilah Laut Merahnya. Untuk makluman, Laut Merah ini panggilan sahaja kepada laut tersebut. Bukannya laut itu warnanya merah dan digelar 'Laut Merah' :)

Tahu tak?

Nabi Ayyub juga antara nabi yang pernah dihidapi penyakit.
Meh! Sini kisahnya!

Saat Nabi Ayub bersujud dalam solatnya, ulat-ulat itu berguguran jatuh dari kepalanya. Selesai solat, baginda mengutip ulat-ulat itu dan meletakkan kembali ulat tersebut di tempat asal di kepalanya. Tubuhnya sudah semakin melemahkan. Dagingnya juga sudah mula mereput. Bahkan, kalau disinar matahari kepadanya, ada bahagian tubuhnya yang boleh ditembusi cahaya. Bayangkan, betapa berat ujian dan dugaan buat Nabi Ayub!

Bermula dengan kehilangan harta benda, Nabi Ayub diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang tidak pernah menimpa mana-mana nabi. Sebelum itu, kehidupan Nabi Ayub diselimuti kemewahan. Baginda dilimpahi kekayaan harta benda dan mempunyai binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, keldai dan unta.
Nabi Ayub juga mempunyai keturunan yang besar. Anak lelaki dan perempuannya ramai dan mereka hidup dalam keadaan aman bahagia. Namun, harta dan keturunan yang mewah itu tidak pernah melalaikan Nabi Ayub dalam mengerjakan suruhan Allah. Baginda tetap tawaduk dan merendah diri di samping sentiasa menderma kepada fakir miskin dan anak yatim.

Iblis (Manusia jahat tak mahu tunduk kepada Nabi Adam, dia juga kaum kerabat Syaitan!)

Iblis yang dengki melihat kesempurnaan hidup Nabi Ayub mencuba sedaya upaya untuk menggunakan tipu helahnya bagi menghasut nabi Allah yang sabar itu. 

Ujian pertama!

Kemewahan Nabi Ayub mula menyusut dan akhirnya habis terus. Ketika itu, Nabi Ayub tidak mengeluh bahkan terus beribadat kepada Allah SWT. 

Ujian kedua! 

Anak-anaknya pula mula meninggal seorang demi seorang. Kesedihan turut dirasai Nabi Ayub tetapi keimanannya kepada Maha Pencipta tidak pernah berkurangan. Dia hanya redha dan masih meneruskan kehidupannya. 

Ujian ketiga!

 Nabi Ayub ditimpa penyakit kulit yang dahsyat. Penyakitnya kian tenat dari hari ke hari. Sehingga tubuhnya semakin kurus dan tiada lagi orang sanggup melihatnya melainkan isterinya yang setia merawat dan menemani Nabi Ayub. Namun Nabi Ayub tidak pernah berkeluh kesah dengan penyakitnya sebaliknya terus redha dengan ujian itu. 

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam Al-Quran mafhumnya: 

Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi". 
"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84) 

Doa senjata orang mu'min.

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah: 

1) Dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. 

2) Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya. 

Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda. Sejak peristiwa itu, Nabi Ayub telah menjadi contoh nabi yang paling sabar dalam menghadapi ujian. 

Kata Srikandi Musyahidah :

Penyakit itu semuanya datang dari Tuhan. Dia yang beri, dan dia yang ambil. Kita sebagai hamba, banyakkan ingatNya bukan di kala ada penyakit sahaja, malah tidak ada penyakit pun wajib ingat kepadaNya. Sekian dulu.

Wassalam..

2 comments:

  1. Semoga akak cepat sembuh ya =) Ya , betul tu , yang penting kita kena sabar & teruskan berdoa ! ^^

    ReplyDelete
  2. Betul sekali. Terima kasih Saiful Hasif. Tembakkan doa' dari kalian sangat diharapkan. Paling penting, teruskan perjuangan dalam menongkah arus kehidupan. :)

    ReplyDelete