Tuesday 18 December 2012

Facebook, Twitter,..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Salamullahi`Alaikum.



Kali ini post saya berkisarkan facebook, twitter dan sebagainya. Pertama kali, saya nak tanya kalian, ada facebook? (soalan ini pernah diajukan oleh ustaz saya di dalam kelas, sekarang, ustaz tu dah pindah.) Kalau ada, sila angkat kening kanan 2 kali. Buat macam Ziana Zain yang penyanyi tuh. Okay!^^



Facebook? Saya ada. Twitter? Saya pun ada.



Hari ini, waktu ini saya sedang lagi menulis tentang facebook kerana saya rasa kerap kali manusia dalam facebook ni, mengupdate status mereka sesuka hati mereka. Mereka seolah-olah merasakan facebook itu mereka yang punya. Ya. Memanglah akaun facebook itu mereka punya, tetapi, tidaklah boleh mereka mengupdate sesuka hati. Ada yang menujukan status kemarahan kepada kawan, awek, dan sesiapa sahaja yang mereka nak tujukan. 



Contoh status mereka : ''Wei, benci giler aku dengan kau!! Benci kau!! ''


Contoh lain : ''Nak je aku blocked kau tahu?''


Haihh itu sebahagian contohnya. Apalah. Fikir ke depan sikit. Jangan sedap rasa hati, sedap tulis, sedap ikut hawa nafsu yang menggila, tulis melulu. 






Semua rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya, guna dengan cara yang baik. Cara yang betul. Hal ini kerana rangkaian sosial tersebut menjadikan dunia ini sememangnya tanpa sempadan dan tanpa sempadan manusia menjadi alpa dengan sempadan-sempadan dan peraturan yang Islam telah tunjukkan. Ya, alpa!



Luahan masalah atau ketidakpuashatian terhadap seseorang atau perkara lain sekalipun, adakah berbaloi jika kita mengatakan di Rangkaian Sosial seperti facebook. Ya, facebook! (yang kalian selalu guna tu) 



Facebook itu  memang terkenal dengan salah satu fungsi nya iaitu 'wall' di mana penggunanya boleh meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka sedang fikirkan. Sebagai seorang muslim, tidaklah bila kita memasuki dunia tanpa sempadan ini, habis punah semua sempadan yang telah digariskan oleh Islam. Tetapi kita masih mengekalkan agar hati kita, akidah kita, agama kita masih tetap bersempadan di dalam sanubari seseorang muslim.





Perkara yang menjadi isu dalam luahan pada sesuatu itu ialah yang membabitkan aib seseorang lalu diceritakan di rangkaian sosial. Berdasarkan hadis nabi :
"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa menolong saudaranya. Barang siapa menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya bersama-sama, melainkan akan turun kepada mereka ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya. Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."(HR Muslim)
Berdasarkan hadis ini kita boleh mengambil satu ayat iaitu "Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat". Aib bermaksud cacat cela, salah, atau hinaan. Berdasarkan mengikut konteks hina ini, jika seseorang itu salah dan berdosa lalu diceritakan di rangkaian sosial tidakkah itu salah? Kerana ianya  satu daripada membuka aib seseorang itu.
Tidak kisah jika kita berkata nama mahupun tidak, tetapi menceritakan aib itu, akan memberi kesan buruk jika orang itu, atau orang lain membacanya. Maka akan menimbulkan lagi komplikasi didalam satu permasalahan kerana satu pihak yang tidak mahu berbincang dan menyelesaikan, malah lebih selesa di cerita di rangkaian sosial dan membiarkan khalayak rakannya membacanya. 
Marah? Pergi ambil wudhu'. :)
Tindakan ini akan mengeruhkan lagi keadaan, malah boleh membabitkan pergaduhan antara muslim dan sahabat. Tidak salah jika menceritakan aib itu, tapi jika tiada diberikan nama dan bertujuan untuk menasihat dan memberi pengajaran pada yang lain.
Itu, tidak mengapa, kerana di dalam kitab Al-Quran sendiri Allah ada meriwayatkan kisah-kisah buruk kaum terdahulu agar dijadikan tauladan dan pengajaran oleh setiap muslim di muka.  Akan tetapi jika sesuatu aib itu diceritakan sungguhpun jika tiada nama diletakkan dan hanya mahu meluahkan perasaan.
 Nauzubillah, banyak kesan buruknya, malah bukan menyelesaikan dan meredakan malah akan menambahkan lagi kesan buruk. Kesan buruk yang akan sangat mengeruhkan keadaan. Huru-hara, jadinya. 
Kita ini manusia  diciptakan oleh Allah dengan satu tujuan. Tujuannya apa?
Mencari keredhaanNya dan menyembahnya sehingga nafas yang terakhir. 
Adakah rangkaian sosial itu yang memberi kita rezeki?, petunjuk?, atau jawapan kepada setiap persoalan dan permasalahan?
Adakah ianya dapat memberikan kita kegembiraan di dunia mahupun di akhirat kelak.?
TIDAK!
TIDAK SAMA SEKALI!
Hanya Allah yang kita sembah, kita takuti, dan kita luahkan segalanya di dunia ini. Sungguhlah malang sekali  jika kita menyutukan Allah dengan melupakanNya bahawa Dia sahajalah  tempat kita mengadu, tempat kita sembah, tempat kita menatap dan menangis ketika susah kerana Dialah yang boleh mengubah semuanya.
 Bukan Rangkaian Sosial! Itu tidak membantu.
Oleh itu, kita sendiri yang menentukan samada kita bersosial di dunia tanpa sempadan ini menambahkan pahala atau menambahkan pahala. Mari, sama-sama kita tafakkur diri masing-masing. 
Sekian sahaja post kali ini. Wassalam.

4 comments:

  1. Salam Alaikum . Bagus bagus ! Betul tu ! Jap , nak puji ni , akak guna bahasa BM yang amazing lah ! Suka suka ^_^ Hahaha , tu je nak bagitau , kaby xD

    ReplyDelete
  2. Alaikum Salam. BM yang amazing? Biasa-biasa sahajalah. Suka? Terima kasih, Saiful Hasif. :D Ngee.

    ReplyDelete