Saturday 5 January 2013

2013 II

Post kali kedua! Hal ini kerana kawan fb saya, Otak-otak, bukan nama sebenar menyuruh saya untuk teruskan menyambung berkongsi pengalaman saya berada di Dataran Shah Alam pada ambang 2013.

Nak mula dari mana ya?

Hurm, saya mula dari pertama jejakkan kaki di sana. Keberangkatan kami bermula usai solat Isya' di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang kebetulan berhampiran dengan Dataran Shah Alam. Gelap! Jalan ke Dataran Shah Alam hanyalah dengan menggunakan kudrat kedua-dua kaki yang ada kerana kesesakan yang teramat sangat. Ribuan yang hadir sangat memeriahkan.

Ramai sangat orang!

Mata kami meluru memandang tepat pada tempat perempuan yang hadir untuk duduk bersama-sama menyaksikan majlis itu berlangsung. Sebelum mengadakan sesi soal jawab bersama UAI, kami dihidangkan dengan persembahan dikir barat, bacaan sajak yang begitu syahdu dan mempesonakan dari artis muslimah yang baru berhijrah, Diana Amir dan beberapa lagu kerohanian turut dihidangkan bersama. 

Mata saya tertumpu kepada dua. Satu sebelah kiri tempat stage di mana mereka iaitu para artis, para ustaz berada dan lagi satu skrin besar yang berada di sebelah kanan kami. Memang seronok. Almaklumlah, baru kali ini dapat rasa suasana sebegini. Tahun lepas, ada juga sambutan ambang 2013 sebegini, tetapi saya tidak diizinkan hadir akibat sebab-sebab yang tertentu.

Jadi, dengan kesempatan, ruang dan peluang yang ada, saya memanfaatkan masa untuk hadir memeriahkan majlis tersebut. Penutupan majlis, adalah dengan mengalunkan nasyid Asma Ul Husna dan bacaan doa penutup majlis oleh Ustaz Azhar Idrus. 



Penat! Tambah ngantuk yang teramat! Tambah lagi dengan perut yang sangat lapar! Sama dengan seronok yang tidak terhingga!

Ingatkan di sana duduk dekat dengan booth makanan. Rupanya, jauh tempat kami dengan booth makanan. Memang lapar. Tahan sahajalah masa 'darurat' tu. Haha. Tak mengapalah. 

'Makan Untuk Hidup'

Bukannya

'Hidup Untuk Makan'

Sebelum itu, saya ingin men'share'kan puisi yang dibacakan oleh Diana Amir sewaktu berada di sana. 

Tajuk :

UNTUKMU SAHABAT

Sahabat,
Aku sayang kau, kerana itu aku bicarakan

Rasa resah dalam jiwa ini, 
Anak mataku dalam sepi memerhati,
Inginku luahkan, inginku laungkan sekuat hati,
Wahai sahabatku yang mencari,
Mari genggam tanganku ini.

Ya aku tahu,
Kebahagiaan fatamogana yang tak pasti yang kau dambakan
Ya aku mengerti,
Puji insan yang tak kau cintai dan tak kau kenali
jadi garis pandu hidupmu

Tidakkah tergetar
Tidakkah tercelar
Qalbumu yang penuh parut cereka,
Akan kasih tuhanmu
yang rindukan taubatmu
Rindu pada basah bibirmu
Mengesakan Yang Esa
Membesarkan Yang Besar

Sudah lama memaling muka, marilah kembali
Sudah jauh tersasar santun lidahmu, marilah kembali

Tiada dayaku melainkan kata,
Walau kadang kau punca mataku berkaca
Cinta pada sahabat melangkaui segala
Dalam resahku memerhati
Pada satu nafas yang dihembus sia-sia
Aku ingin bersamamu di Firdausi
Tasnim di lidah dan kesyukuran tak berhenti

Sahabat,
Lepaskan syaitan di hatimu
Biarkan fana jahiliyah yang menggoda, menangisi dan merindukanmu
Kerana kau sahabat dicipta untuk lebih daripada itu.

Qola Sri : Moga kita sama-sama mendapat mau`izah dari apa yang saya tulis, insyaAllah. Doakan juga mereka turut berhijrah sepertimana Diana Amir.

No comments:

Post a Comment